Pengenalan
Mak Yong adalah satu taridra Melayu yang sungguh unik, iaitu kombinasi antara unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi. Kesemua pelakon yang menjayakan taridra ini terdiri daripada kaum wanita kecuali pelakon yang membawakan watak komedi . Watak komedi dinamakan Peran. Sejarah Mak Yong pada awalnya merupakan suatu persembahan dari dalam istana.
Sorotan
Mak Yong dikatakan wujud di istana Patani kira-kira 400 tahun yang lalu. Dari sini, Mak Yong dipercayai dibawa ke Kelantan.
Kisah bermula apabila raja Siam pada masa itu dikurniakan anak perempuan. Anaknya itu begitu menyukai anjing, lalu baginda memberikan patung anjing sebagai alat permainan.
Setelah meningkat dewasa, puteri tidak lagi memerlukan patung, sebaliknya ingin memiliki anjing sebenar. Raja Siam mengabulkan permintaan anaknya itu.
No comments:
Post a Comment