MuzikArcaHidupKu
Warnai kehidupanmu dengan muzik, ceriakan harimu dengan muzik...
Cara membaca notasi muzik
Diselitkan video cara membaca notasi muzik. Untuk perkongsian ilmu bersama..http://video.about.com/musiced/Note-Reading-Basics.htm
Persembahan semasa Hari Guru 2011
Masa ni saya takde idea... Last2 teringat lagu dalam cerita Man Laksa. kelakar... Layannnn...Guru besar geleng kepala, "Aida, awak ni macam2 lah, semua boleh buat..." Kah kah kah... Dia ketawa besar. Apapun, tahniah kepada akan2 guru yang tak segan2 memberikan kerjasama. Anda semua memang sporting melayan idea gila sy... hehehehe...
Persembahan semasa Hari Guru 2011
Buat santapan minda untuk hiburan ringan. Masa ni idea yang datang 'last minute'... Akhirnya Cikgu Aida bertukar menjadi Cikgu Shahrul buat seketika demi menjayakan melodrama semepena Hari Guru di SKSB... Saksikan..
Anak didikku yang berbakat..
Kumpulan Sri Cahaya ditubuhkan pada tahun 2009 dan mempunyai anggota seramai 36 orang yang terdiri dari kalangan murid dan 3 orang guru pembimbing. Pernah mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan tarian peringkat sekolah dan daerah. Sering diundang dalam beberapa majlis seperti majlis makan malam dan majlis perkahwinan. Duit dari undangan tersebut disalurkan ke dalam dana kelab dan digunakan untuk menambah aksesori dan pakaian untuk tarian.
Mak Yong
Pengenalan
Mak Yong adalah satu taridra Melayu yang sungguh unik, iaitu kombinasi antara unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi. Kesemua pelakon yang menjayakan taridra ini terdiri daripada kaum wanita kecuali pelakon yang membawakan watak komedi . Watak komedi dinamakan Peran. Sejarah Mak Yong pada awalnya merupakan suatu persembahan dari dalam istana.
Sorotan
Mak Yong dikatakan wujud di istana Patani kira-kira 400 tahun yang lalu. Dari sini, Mak Yong dipercayai dibawa ke Kelantan.
Kisah bermula apabila raja Siam pada masa itu dikurniakan anak perempuan. Anaknya itu begitu menyukai anjing, lalu baginda memberikan patung anjing sebagai alat permainan.
Setelah meningkat dewasa, puteri tidak lagi memerlukan patung, sebaliknya ingin memiliki anjing sebenar. Raja Siam mengabulkan permintaan anaknya itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)